Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi Almond London







Resepi Almond London


Bahan-bahan
250gm mentega-suhu bilik
2 biji kuning telur-suhu bilik
130gm gula aising
500 gm tepung gandum
50 gm serbuk badam
badam dibakar secukupnya
coklat masakan secukupnya
badam cincang untuk hiasan


Cara-cara
Pastikan mentega dan telur berada pada suhu bilik, sekiranya menyimpan mentega di dalam peti, keluarkan 2-3 jam sebelum ianya digunakan
Satukan mentega, gula aising, kuning telur, pukul hingga kembang
kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam
ambil sedikit adunan, letakkan badam ditengah, bentukkan adunan dengan kemas
Bakar adunan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit(suhu dan jangkamasa bergantung pada jenis oven masing-masing, oven saya kena buat suhu 190...:)
Apabila biskut telah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan secara double boil, taburkan badam cincang
Tunggu sehingga coklat keras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara


Tips Double Boiled coklat masakan
Coklat dipotong-potong kecil
masukkan coklat di dalam bekas metal/besi, pastikan bekas bersih tanpa sedikitpun air, begitu juga semasa memotong coklat masakan , pastikan tangan, pisau dan tempat memotong adalah bebas air
Didalam periuk, rebus air hingga mendidih, bila air sudah mendidih, tutup api, letak bekas metal berisi coklat masakan tadi di atas periuk, pastikan tiada sedikit pun air terpercik, pastikan juga air di dalam periuk tidak mencecah hingga terkena bekas metal. kita hanya perlukan wap air untuk mencairkan coklat masakan

Sharing is caring

Selamat mencuba
Norry

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP