Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi kuih cara


Photobucket
Photobucket

Resepi Kuih Cara

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan santan/susu cair
1 biji telur
secubit garam
pewarna hijau/jus pandan
gula

Cara-cara
Masukkan tepung gandum dalam bekas, masukkan telur, masukkan air dan santan/susu cair sedikit, kacau, masukkan lagi sedikit kacau sehingga habis. Masukkan sedikit garam. pastikan adunan tidak berketul.Adunan ini nampak cair sedikit.

Panaskan acuan kuih cara di atas dapur gas, lengserkan sedikit minyak menggunakan berus, bila acuan dah panas, kecilkan api, masukkan adunan 3/4 penuh, sudukan gula di tengah-tengah, masukkan lagi adunan sehingga penuh acuan. Tutup acuan dengan tudung periuk, kalau boleh guna tudung periuk kaca, so boleh nampak kuih dah masak ke belum. Bakar hingga masak

Tips
Boleh gunakan saiz mana-mana cawan
Guna api kecil semasa membakar untuk mengelakkan kuih cara hangit di bawah dan tak masak di atas.
pastikan adunan tidak berketul
Pastikan gula yang dimasukkan betul-betul center/ditengah-tengah untuk mengelakkan air gula kuih cara bocor

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP