Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi Apam Polka Dot











Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang
Salam sayang dan selamat mencuba..:)

Norry

si baik hati  – (April 23, 2011 at 9:19 PM)  

wow.
menyelerakan.
nak try buat lah.
thanks for da menu.
akak, sy follow akak..

btw,thanks again

norryabby  – (April 24, 2011 at 8:09 AM)  

Cuba jangan tak cuba....good luck dear

yaya | mohd  – (May 26, 2011 at 4:21 AM)  

salam.akk..nak tanye.mm,,kalau luar dye putih gebu.
camne yer??
sbb yaya ngn mama buat lain bahan2 dye dengan akk nye bahan.
yaya ta gune susu segar.tapi gune minyak stu cawan dgan aer panas.baking powder yaya gune 1 sudu je.tapi kebanyakan yaya tengok ramai yang gunakan 3 susu baking powder.yaya ikot ape yang kawan mama bagi.alhamdulillah menjadi.tapi kurang menarik.

norryabby  – (June 15, 2011 at 6:15 AM)  

setakat ni akak guna resepi ni ok, gebu, tapi make sure api slow masa mengukus and tutup tudung kukus tu supaya air tak jatuh atas apam

zarazaid Homemade  – (June 15, 2011 at 8:50 AM)  

Salam,

nak tanya, kenapa saya buat paper cup nyer senget benget & dot2 die pon xcantek.. Boleh tunjukkan gambar acuan lompang & macam mane nak dapat kan dot2 yang cantek?

norryabby  – (June 16, 2011 at 6:24 AM)  

OOO....ni mesti guna paper cup yang lembut tu, yang tu kena letak dalam acuan dia, kalau guna yang keras macam saya buat, terus kukus, tak yah letak dalam bekas/acuan dia. Nak buat dot-dot tu, letak adunan dalam piping bag, gunting sikit je, pastu dot-dot kan.

zarazaid Homemade  – (June 16, 2011 at 8:13 AM)  

oo yeke.. ptot la senget benget...hehheeee.. xpandai guna piping beg meleleh je nnti.. guna lidi tu jd fitu kot

as  – (July 6, 2011 at 9:06 PM)  

nk tnya...tepung tu klo ikut sukatan cawan n bukan gram..agak2 byk mana ye? penimbang xda la.hehehhe.

norryabby  – (July 6, 2011 at 11:47 PM)  

Biasa memang guna gram, cuba tengok link ni, ada conversion dari gram ke cawan, tapi cawan mesti guna cawan penyukat khas tepung tu,

http://allrecipes.com/HowTo/cup-to-gram-conversions/detail.aspx

huzerkfarihah  – (July 8, 2011 at 3:25 AM)  

sis..apam saya keras la...tepung tu kna 275 gm btul or..masukkan sikit2 pas agak2 dia da nak keras stop...or telur yg gna tu kna size A or...x tau la slah kat mn...

norryabby  – (July 9, 2011 at 5:28 AM)  

Masukkan semua bahan pastu pukul, yang penting mesti kena ada ovalette tu, dia warna kuning, ovalette tu fungsi dia melembutkan apam, baking powder supaya apam tu naik

misZiSya  – (August 4, 2011 at 1:23 AM)  

akak.nk tye filling tu wat sndri ke beli?

cahaya Izzah  – (August 6, 2011 at 9:50 PM)  

kak..yang perisa blueberry tue nak letak waktu bile?

norryabby  – (August 9, 2011 at 6:47 AM)  

Letak separuh adunan dalam bekas/cup tu, pastu letak filling/bluberri atau apa2 filling kat tengah, pastu tambah lagi adunan hingga 3/4 cup, then baru buat dot dot

as  – (August 9, 2011 at 8:45 PM)  

kak..nk tnya.tepung dgn baking powder tu kena ayak ke? klo tak ayak bleh x? hehe.

n klo telur tu guna telur bukan gred A.menjadi x?

norryabby  – (August 10, 2011 at 12:31 AM)  

kalau tak ayak takut nanti berketul, tak serata pulak baking powder tu, n dia boleh lembutkan apam, telur saya guna telur gred b

norryabby  – (August 10, 2011 at 12:32 AM)  

ovalette tu wane kuning, untuk melembut dan menaikkan apa, ada jual kt pasaraya n kedai bakeri

norryabby  – (August 10, 2011 at 8:13 PM)  

Miszisya, filling tu beli, boleh apa filling, kaya pun boleh, ikut suka hati

norryabby  – (August 13, 2011 at 2:50 AM)  

Cik Tikah...jom buat, senang sgt buat ni

katakkecik  – (September 5, 2011 at 7:52 PM)  

Assalamualaikum....

saya nak tanya la..saya ada try bt ikut resepi akak norry tapi apam saya tak kembang mcm akak bt..napa yek?saya da ikut sebijik resepi akak ni..waktu kukus cup tu ok je tapi bila da masak cup tu senget benget walaupun saya gunakan bekas tok letak cup tu.ada apa² petua tak akak norry bole bg kat saya?..

norryabby  – (September 8, 2011 at 12:41 AM)  

Kalau ikut semua betul bahan2 and cara2, biasa memang jadi...yang cup senget-benget tu mungkin kena betulkan skit cup tu sebelum masukkan adunan, ada sesetengah cup tu nipis sangat mudah menggeleber...beli yang keras sikit

Effa  – (September 22, 2011 at 6:49 AM)  

salam.. sis susu tu ml ke gm ye?
katakkecik.. asenya mungkin apam tu bantat sebab awak bukak penutup kukus tu kot..

norryabby  – (September 22, 2011 at 7:38 PM)  

Effa, susu tu dalam resepi akak tulis gram, tapi kalau ml pun memang 150 jugak, akak dah cuba letak kat penyukat

katakkecik  – (September 26, 2011 at 8:15 PM)  

akak norry TQVM..jadi gak apam polkadot saya..suka ni..hihihi..effa mugkin gak kot.tapi pas ikut nasihat norry alhamdulillah jadi..siap ada tempahan tok jumaat ne..alhamdulillah..thank's again kak norry..muah

Fauzieana naim  – (November 10, 2011 at 12:22 AM)  

salam...saya nak tanya kalau ovalette tak ada blh tak diganti dgn benda lain yang sama fungsi dgn nya

Fauzieana naim  – (November 11, 2011 at 3:50 AM)  

salam...saya nak tanya kalau tak ada bahan ovallette tu boleh guna bahan lain tak kalau ada blh bgtahu akak tak..

norryabby  – (November 12, 2011 at 11:16 PM)  

Katakkecik...gembira dengar apam awak menjadi..Fauziena...ovalette tu memang bahan dahan dalam resepi ni, fungsinya untuk menaikkan dan melembutkan apam, saya tak pernah cuba guna bahan lain seperti serbuk penaik sahaja or tambah soda bikarbonat . Ovalette tu senang dapat, byk kt supermarket

Nur  – (December 13, 2011 at 11:00 PM)  

Kak Norry, apam sy x cantik la..sblm kukus permukaan adunan dalam paper cup dh berbuih kecil2..lps kukus dia jd berkawah2..cmne nk wat cantik mcm akak wat? huhu

khairunnisa aqilah idirs  – (February 3, 2012 at 6:21 AM)  

assalam sy da try buat semlm..
alhamdulillah menjadi...adk2 n mak ayh sy suke..
da habis da apam ni..hehehe...
insyallah sy akn buat lg...
terima ksh kongsi resepi ni....^_^

norryabby  – (February 3, 2012 at 6:33 AM)  

Nur, cuba hentak2kan sikit adunan sebelum masukkan dalam acuan,
Khairunnisa, seronok dengar apam awak jadi...best kan

lyeahassan  – (February 27, 2012 at 11:07 PM)  

kalau takde susu segar mcm mane??dpt tukar bhn lain ker??susu tepung or susu dlm tin tue dpt pakai tak??ideal milk?

AiDa  – (March 9, 2012 at 6:43 AM)  

kak nape dot dot ( pewarna ) tu jatuh ke bawah bila masak. abis paper n separuh apam tu kena pewarna dot dot tu:(

norryabby  – (March 17, 2012 at 2:01 AM)  

lyahassan, saya biasa guna susu cair(evaporated milk, tak pernah guna susu lain, so tak tahu resultnya mcm mana kalau guna susu lain
Aida..ermm.nape ye, dot-dot tu dot kan sikit je, jgn banyak...sepatutnya dot tu tak tenggelam

Mummy Bety  – (March 24, 2012 at 4:01 AM)  

Kak, bhn2 byk ni bape bijik leh dpt ni? Sy 1st time nk cuba buat ni...

Qaseh Zyara  – (April 21, 2012 at 12:42 AM)  

Kak..sy nk tnya. Apam ni boleh tahan berapa hari yea? sy ingt nak buat untuk goody bag majlis kawen...

Unknown  – (June 12, 2012 at 10:46 PM)  

nk bg lembut lg... tmbah telur jd 4 bole?? or tambah violet???jd sdu besar... syaa buat jd... tp keras skit

Anonymous –   – (July 20, 2012 at 4:01 AM)  

Salam. Akak beli acuan dia yang besi tu kat mana ye? :')

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP