Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Candy Buffet










Candy Buffet yang saya buat untuk Birthday Party anak saya Faiz and Naim. Memang bersemangat nak buat ni, sanggup bersengkang mata siapkan semua. Alhamdulilah semua dah selesai....nak tempah...sori saya tak ambik apa2 tempahan sekarang, tak sempat nak buat apa2 bisnes, sibuk dgn anak2....happy viewing..:)

Read more...

Resepi Puding Kastard Berkuah

Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan

Untuk Kastard
1 cawan tepung kastard
1/4 cawan susu pekat manis
gula 4 sudu/secukup rasa-kurangkan kalau nak kurang manis
air 5 cawan
(ada sesetengah resepi guna susu cair), boleh alter resepi tapi make sure jumlah cecair lebih kurang macam kat atas tu.
..:))

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali air, masukkan air perlahan-lahan dan kacau sebati hingga habis, masak atas api sederhana hingga likat. Masa dah likat tu perlahankan api. Tuangkan dalam loyang, tunggu sejuk sebelum dipotong-potong

Untuk Kuah
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
air 2 cawan
1 tin laici tin-ambik isi dan sedikit sirapnya sahaja(boleh ganti dengan buah-buahan cocktail), buah strawberi pun ok

Masukkan semua bahan kecuali laici ke dalam periuk dan masak hingga mendidih, sejukkan, masukkan laici dan sirap laici, boleh dihidangkan bersama puding kastard yang telah dipotong

Read more...

Red Velvet







Ni 3rd attempt buat red velvet menggunakkan resepi yang berlainan, dan ini adalah resepi yang saya rasa paling beshhhh, Naim makan banyak..tengok tu, sampai bertambah..lagi sedap kalau disimpan sehari dua dulu sebelum makan, jadi lagi moist..

Resepi Red Velvet
(kek atau cupcake)

Bahan A
115 gram mentega tulen
150 gram gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik-diayak
2 sudu teh serbuk koko-diayak
240 gram tepung gandum-diayak

Bahan B (Buttermilk)
240ml susu cair
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh cuka
(Cara membuat buttermilk, campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit, kemudian masukkan pewarna merah)

Bahan C
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko, ketepikan
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga gebu
3. Campurkan buttermilk berselang-seli dengan bahan yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan mentega tadi
4. Dalam bekas kecil yang lain, masukkan Bahan C, soda bikarbonat dan cuka, tunggu sehingga hilang buih, masukkan bahan ini ke dalam adunan, kaup balik adunan tadi hingga sebati
5. Gris loyang dengan butter or minyak dan lapik dengan kertas surih(Optional-tak lapik pun takpe, tapi kalau lapik, lagi senang nak keluarkan kek dan lagi cantik)
6. Bakar dalam masa 40 minit-50 minit atau hingga masak pada suhu 170 darjah celcius

Dah masak bolehlah keluarkan kek dari loyang and sejukkan, dah sejuk, chill sekejap dalam loyang sebelum sapu krim cheese pada kek ni

Resepi cream cheese ( untuk inti and topping)
360 gram cream cheese (krim keju)- suhu bilik
70 gram mentega -suhu bilik
200 gram gula aising

Cara-cara
Putar cream cheese dan mentega hingga kembang , masukkan gula aising dan putar lagi hingga kembang

Cara hias
Potong kek yang telah disejukkan dalam peti sejuk kepada 2 lapis(kek kalau masa sejuk dia keras and sesuai untuk dipotong, tak mudah pecah)
letakkan krim cheese pada lapisan pertama, lapikkan lapisan kek yang kedua. boleh tutup kek dengan lebihan krim cheese mengikut kreativiti sendiri

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP