Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Red Velvet







Ni 3rd attempt buat red velvet menggunakkan resepi yang berlainan, dan ini adalah resepi yang saya rasa paling beshhhh, Naim makan banyak..tengok tu, sampai bertambah..lagi sedap kalau disimpan sehari dua dulu sebelum makan, jadi lagi moist..

Resepi Red Velvet
(kek atau cupcake)

Bahan A
115 gram mentega tulen
150 gram gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik-diayak
2 sudu teh serbuk koko-diayak
240 gram tepung gandum-diayak

Bahan B (Buttermilk)
240ml susu cair
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh cuka
(Cara membuat buttermilk, campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit, kemudian masukkan pewarna merah)

Bahan C
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko, ketepikan
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga gebu
3. Campurkan buttermilk berselang-seli dengan bahan yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan mentega tadi
4. Dalam bekas kecil yang lain, masukkan Bahan C, soda bikarbonat dan cuka, tunggu sehingga hilang buih, masukkan bahan ini ke dalam adunan, kaup balik adunan tadi hingga sebati
5. Gris loyang dengan butter or minyak dan lapik dengan kertas surih(Optional-tak lapik pun takpe, tapi kalau lapik, lagi senang nak keluarkan kek dan lagi cantik)
6. Bakar dalam masa 40 minit-50 minit atau hingga masak pada suhu 170 darjah celcius

Dah masak bolehlah keluarkan kek dari loyang and sejukkan, dah sejuk, chill sekejap dalam loyang sebelum sapu krim cheese pada kek ni

Resepi cream cheese ( untuk inti and topping)
360 gram cream cheese (krim keju)- suhu bilik
70 gram mentega -suhu bilik
200 gram gula aising

Cara-cara
Putar cream cheese dan mentega hingga kembang , masukkan gula aising dan putar lagi hingga kembang

Cara hias
Potong kek yang telah disejukkan dalam peti sejuk kepada 2 lapis(kek kalau masa sejuk dia keras and sesuai untuk dipotong, tak mudah pecah)
letakkan krim cheese pada lapisan pertama, lapikkan lapisan kek yang kedua. boleh tutup kek dengan lebihan krim cheese mengikut kreativiti sendiri

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP