Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting
Showing posts with label Resepi lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Resepi lauk-pauk. Show all posts

Sambal Telur Puyuh Nasi Lemak



Sambal Telur Puyuh Nasi Lemak

Bahan-bahan A (dikisar)
3 ulas bawang merah
2 bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2inci halia(halia muda lagi sedap)

Bahan B
air asam jawa
cili giling 4 sudu
garam
gula
minyak untuk menumis secukupnya
16 biji telur puyuh yang telah direbus dan dikupas

Cara-cara
Tumis bahan-bahan yang dikisar, masukkan cili giling, tumis hingga garing. masukkan air asam jawa.Sesuaikan rasa masam-manis-masin dan kadar kepekatan. Kalau pekat tambah air sedikit. Dah masak boleh masukkan telur puyuh yang telah masak dikupas.

Boleh dihidangkan bersama nasi lemak.Untuk nasi lemak, masak nasi macam biasa cuma tukarkan air dengan santan cair, pastu letak bawang merah yang dimayang halus, halia diketuk dan daun pandan untuk wangi, taruk sedikit garam. Sambal kat atas boleh jugak untuk buat sambal udang ke, sotong ke,

Read more...

Ikan tiga rasa



Resepi Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 ulas bawang besar(holland onion)-potong dadu
3 ulas bawang putih-potong dadu
sebiji tomato-potong dadu
2 sudu cili giling
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
sedikit gula
garam
Minyak

Hiasan-terpulang kepada individu
Tomato dadu/sayuran campur(mix vege)/nenas/timun dipotong dadu
daun ketumbar
(Saya guma tomato yang didadu je, kalau guna mix vegetable lagi cantik)

Cara-cara
Ikan siakap dilumur sedikit garam dan di goreng hingga garing-masukkan dalam bekas

Mengunakan sedikit minyak tumis bawang besar, bahan putih hingga naik bau(jangan sampai warna perang,masukkan tomato dadu. masukkan cili giling, sostomato,sos cili, sos tiram, sesuaikan rasa masin , masam, manis. Kalau kurang masam tambahkan lagi sos tomato dan sebaliknya. Kalu nak berkuah tambah air, untuk pekatkan kuah kalau letak banyak boleh bancuh satu sudu tepung jagung, curahkan dalam kuah, masak hingga kuah pekat. Curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi, hiaskan....sangat senang kan.

Salam sayang,
Norry

Read more...

Resepi ayam masak merah






Resepi ayam masak merah


Bahan-bahan

4 ketul ayam digaul dengan sedikit garam dan kunyit-goreng separuh masak
pes cili 3-4 sudu besar
bawang merah 5-6 biji-kisar
bawang besar 1 biji-kisar
bawang putih 3 ulas-kisar
halia 1/2 inci-kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis


Cara-cara

Tumis pes cili dan semua bahan yang dikisar hingga garing, masukkan sos tomato, sos cili, air asam jawa, sesuaikan rasa masin dan manis, masukkan ayam, masak hingga ayam masak, hidangkan

Read more...

Resepi Ikan Bakar





Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia

Sos
3 sudu cili giling
4 ulas bawang merah-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1/2 inci halia-dikisar
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis

daun pisang/aluminium foil

Cara-cara
Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilagkan rasa hanyir
Tumis semua bahan kisar bersama cili giling hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak

Selamat mencuba

Norry

Read more...

Resepi Udang Masak Cili



Sempat masak ni je, sampai umah dah nak pukul 6, nak masak lauk lagi, masak kuih, memang ngam nak berbuka siap juadah berbuka...seb baik si ayah rajin melayan si Naim.

Bahan-bahan

8 ekor udang harimau
3 sudu bawang yang sudah dikisar(dalam 4-5 ulasbawang)
3 sudu cili giling
sos cili dalam 3 sudu
1 cawan air
garam
gula
sebiji telur

Cara-cara
Tumis bawang kisar dan cili hingga garing
masukkan sos cili
masukkan air
masukkan udang
tambahkan garam dan gula secukup rasa
last sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit, kacau sehingga udang masak
Hidangkan
Nota: Masakan ni sedap sebab manis telur dan udang bersatu, cili dan bawang tu kena tumis garing-garing dulu..actually masak lauk ni kekadang campak-campak je, sos tu pakai tuang je agak-agak, kalau buat kek or biskut mesti sukatan betul, tak boleh lebih or kurang...

Read more...

Resepi Siakap Masak Stim



Resepi Ikan Siakap Masak Stim
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
air dalam setengah cawan
halia 1inci-hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
2 ulas bawang merah-racik
1 batang serai
sos tiram 2 sudu
daun limau purut 2-3 helai carik-carikkan
garam
hiasan
cili padi-dipotong
daun ketumbar
cili merah-hiasan
limau nipis/kasturi(limau nipis lebih sedap)
Cara
Masukkan ikan dalam bekas yang sesuai
bancuh dengan air sos tiram, siram ikan dengan bancuhan sos tiram, taburkan semua bahan, stim ikan sehingga masak dalam 20 minit. dah masak perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan cili
Simple je masak ni sebab masukkan je semua bahan pastu stim, penting untuk sesuaikan rasa masin, tambah gula sikit je untuk rasa manis, dan semestinya rasa masam limau membuatkan rasa masak stim ni lebih sedap
Yummy....


Read more...

Resepi kerabu selom



Photobucket
Kerabu Selom

Bahan-bahan
1 ikat Selom
2 ekor ikan kembung/sardin
100 ml santan
garam
cili
garam
limau nipis

Cara-cara
Daun selom dan cili dihiris
ikan kembung direbus-ambil isi

dalam bekas, satukan semua bahan, gaul rata, perah limau nipis...SIAP

Kuantiti santan bergantung pada daun selom yang digunakan, agak-agak elok ok la tu. Untuk kerabu kali ni saya tambah kacang botor, kebetulan ada, masukkan sekali dalam tu..:)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP