Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting
Showing posts with label Resepi kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Resepi kuih-muih. Show all posts

Resepi Puding Kastard Berkuah

Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan

Untuk Kastard
1 cawan tepung kastard
1/4 cawan susu pekat manis
gula 4 sudu/secukup rasa-kurangkan kalau nak kurang manis
air 5 cawan
(ada sesetengah resepi guna susu cair), boleh alter resepi tapi make sure jumlah cecair lebih kurang macam kat atas tu.
..:))

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali air, masukkan air perlahan-lahan dan kacau sebati hingga habis, masak atas api sederhana hingga likat. Masa dah likat tu perlahankan api. Tuangkan dalam loyang, tunggu sejuk sebelum dipotong-potong

Untuk Kuah
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
air 2 cawan
1 tin laici tin-ambik isi dan sedikit sirapnya sahaja(boleh ganti dengan buah-buahan cocktail), buah strawberi pun ok

Masukkan semua bahan kecuali laici ke dalam periuk dan masak hingga mendidih, sejukkan, masukkan laici dan sirap laici, boleh dihidangkan bersama puding kastard yang telah dipotong

Read more...

Red Velvet







Ni 3rd attempt buat red velvet menggunakkan resepi yang berlainan, dan ini adalah resepi yang saya rasa paling beshhhh, Naim makan banyak..tengok tu, sampai bertambah..lagi sedap kalau disimpan sehari dua dulu sebelum makan, jadi lagi moist..

Resepi Red Velvet
(kek atau cupcake)

Bahan A
115 gram mentega tulen
150 gram gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik-diayak
2 sudu teh serbuk koko-diayak
240 gram tepung gandum-diayak

Bahan B (Buttermilk)
240ml susu cair
1 sudu teh pewarna merah
1 sudu teh cuka
(Cara membuat buttermilk, campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10 minit, kemudian masukkan pewarna merah)

Bahan C
1 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko, ketepikan
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga gebu
3. Campurkan buttermilk berselang-seli dengan bahan yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan mentega tadi
4. Dalam bekas kecil yang lain, masukkan Bahan C, soda bikarbonat dan cuka, tunggu sehingga hilang buih, masukkan bahan ini ke dalam adunan, kaup balik adunan tadi hingga sebati
5. Gris loyang dengan butter or minyak dan lapik dengan kertas surih(Optional-tak lapik pun takpe, tapi kalau lapik, lagi senang nak keluarkan kek dan lagi cantik)
6. Bakar dalam masa 40 minit-50 minit atau hingga masak pada suhu 170 darjah celcius

Dah masak bolehlah keluarkan kek dari loyang and sejukkan, dah sejuk, chill sekejap dalam loyang sebelum sapu krim cheese pada kek ni

Resepi cream cheese ( untuk inti and topping)
360 gram cream cheese (krim keju)- suhu bilik
70 gram mentega -suhu bilik
200 gram gula aising

Cara-cara
Putar cream cheese dan mentega hingga kembang , masukkan gula aising dan putar lagi hingga kembang

Cara hias
Potong kek yang telah disejukkan dalam peti sejuk kepada 2 lapis(kek kalau masa sejuk dia keras and sesuai untuk dipotong, tak mudah pecah)
letakkan krim cheese pada lapisan pertama, lapikkan lapisan kek yang kedua. boleh tutup kek dengan lebihan krim cheese mengikut kreativiti sendiri

Read more...

Resepi Agar-agar Roti

Agar-agar Roti resepi asal kat Kerana-kau blogspot .saya copy and paste je, kredit to kerana-kau blogspot

Bahan-bahan yang saya gunakan:

7 keping roti (disiat kecil-kecil)
20g agar-agar biasa (direndam seketika biar kembang)
7 cawan air
1 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Gula ikut manis yang disukai
3 pewarna lain (jika suka banyak warna)

Cara-caranya:

1) Masukkan telur ke dalam bekas. Pukul sedikit.

2) Masukkan esen vanilla.

3) Masukkan pula susu cair. Kacau sedikit biar rata.

4) Masukkan pula roti yang telah disiat-siat tadi. Gaul rata agar sebati dan biarkan roti tu terendam seketika.

**Sepatutnya kena kisar/blend adunan ni tapi saya tak blend/kisar sebab kat rumah takde blender khas untuk blend adunan kuih. Yang ada blender cili je. Kang pedas lak agar-agar ni.. :-)

5) Sementara tu, toskan agar-agar yang direndam tadi dan masak dengan 7 cawan air.

6) Bila agar-agar telah larut, tuangkan adunan yang berisi roti tadi.

7) Masukkan gula mengikut rasa yang disukai. Tunggu sehingga gula mencair.

8) Biarkan mendidih seketika dan selepas tu barulah boleh tutup api.

9) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (jika suka). Boleh juga letak satu jenis pewarna je, bergantung pada selera masing-masing la kann...

10) Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tuangkan satu persatu. Untuk mencorakkannya, pandai-pandai sendirilah ya... =D

11) Tunggu sehingga agar-agar sejuk. Kemudian bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Lepas tu bolehlah dihidangkan.


Read more...

Kuih Cara Manis

First day masak untuk berbuka..saya still berpantang, lagi 4 hari, menu hari ni, kari ayam, sayur campur and kuih cara. Tu je yang mampu buat, kejap2 si kecil menangis...kena curi-curi masa buat kerja and memasak

Untuk resepi sila klik RESEPI KUIH CARA

Read more...

Resepi Apam Pelangi



Apam Pelangi ( sumber c &p: potretkasih)


2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cawan )
150 gm gula halus ( 2/3 cawan )-saya letak 90 gram je
125 ml santan kara-saya gantikan dengan susu segar
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna


Cara Penyediaan


1. Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Read more...

Resepi Rich Chocolate Pudding




Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber:Potretkasih)

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Read more...

Resepi Puding Peach







Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
600 ml air putih
250gram gula
1 tin susu cair (400ml)
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah
1 tin kecil peach dalam syrup

Cara-cara
1.Masakkan agar-agar bersama 600 ml air
2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut
3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api
4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah
5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku
6.Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah.
7. boleh dihidangkan apabila sudah beku ...:)

Read more...

Resepi Apam Polka Dot











Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang
Salam sayang dan selamat mencuba..:)

Norry

Read more...

Resepi Puding Karamel




Puding Karamel Coffeemate
(Resepi asal dari Sue-Hasue, saya copy and paste je, credit to Sue-Hasue)

Bahan2:

* 1 tin susu sejat (400ml)
* 4 biji telur ayam(size B atau C)
* 5 sudu besar gula halus
* 3 sudu besar creamer coffeemate
* sedikit esen vanila

Karamel

* 50g gula
* 2 sudu besar air
* 2 sudu besar air panas

Cara2:

1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam acuan tahan panas.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
4. Tapiskan adunan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
5. Bakar menggunakan kaedah bain marie. (letak bekas puding tadi di dalam bekas yg lebih besar yg berisi air panas)-seperti mengukus di dalam oven(Saya tak bakar, saya kukus)
6. Kukus/Bakar selama 30 minit bergantung kepada saiz bekas dan ketebalan puding tadi..
7. Puding yg masak akan keperangan di atasnya..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk




Tips
1. Pukul telur dan gula perlahan-lahan untuk mengelakkan buih2 yang terhasil seterusnya menyebabkan puding tidak smooth
2. Tapis adunan puding sebelum dimasukkan ke dalam loyang untuk dikukus bagi memastikan tiada buih2 atau sebarang ketulan
3. Bungkus tudung periuk pengukus dengan kain untuk mengelakkan air dari tudung periuk jatuh ke dalam puding yang sedang dikukus
4. Kukus dengan api yang perlahan
5. Bila dah masak, tunggu hingga puding sejuk, pastikan tepi tidak melekat atau guris dengan pisau di tepi puding yang melekat pada loyang, kemudian letak pinggan di atas loyang, dengan cepat terbalikkan loyang
Selamat mencuba
From me
NORRY

Read more...

Resepi Kek Pisang Mudah



Resepi Kek Pisang Mudah
(resepi asal dari Ros Jintan Manis, saya copy and paste sahaja, credit to Ros Jintan Manis)

Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Read more...

Resepi Pancake




Resepi Pancake

Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan

Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.

Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang

Read more...

Talam Jagung



Resepi Talam Jagung ( Resepi asal daripada buku senangnya memasak kuih kukus chef Hanieliza)

Bahan A
(Lapisan bawah-Jagung)

-1 cawan krim jagung dalam tin (Saya guna Ayam Brand)
-1 cawan tepung beras
-3 sudu makan tepung kastard
-3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)-saya guna santan kotak, bancuh ngan air
-1/2 cawan gula pasir

Bahan B
Lapisan Atas-Tepung Beras)
-1 cawan tepung beras
-3 cawan santan pekat
-1 sudu teh garam


Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan A dan kacau di dalam kuali tidak lekat di atas api sebentar hingga sedikit pekat.
2.Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak masak
3. kukuskan selama 30 minit/sehingga masak
4. Campurkan semua bahan B untuk bahagian atas
5. cakarkan bahagian A yang telah masak dikukus tadi (ini untuk memastikan lapisan A dan lapisan B melekat dengan baik), tuangkan Bahan B yang telah dibancuh
6. kukus lagi selama 20 minit
7. Tunggu sejuk sebelum boleh dipotong dan dihidangkan


*Santan serbuk/paket kurang sesuai digunakan sebab kurang lemak
Mesti potong bila dah sejuk kalau tak memang tak cantik, hari tu buat tak sabar nak rasa, cepat-cepat potong pastu tak cantik la potongnya sebab talam tak betul-betul keras lagi

Read more...

Lemon Bar



Resepi Lemon Bar
Crust
120gm mentega(dicairkan)
1/4 cawan gula
3/4 teaspoon esen vanila
1 cawan tepung gandum
Topping
1 cawan gula
3 tablespoon tepung gandum
3 biji telur
1 1/2 tablespoon lime zest
1/2 jus oren (saya guna jus oren segar)
Cara-cara

Crust
Cairkan mentega di atas api sederhana, bila mentega cair masukkan gula, kecilkan api, masukkan vanilla, tepung gandum, kacau sebati. Tutup api
Masukkan adunan dalam loyang, tekan pada bawah pan hingga padat, bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 25 minit/hingga sedikit perang.
Topping
Campurkan tepung gandum dan gula dalam bekas. Masukkan telur satu demi satu sambil kacau, masukkan lime zest dan jus oren, kacau hingga tiada ketulan. Kacau ada tapis adunan
Tuangkan adunan topping ke atas crust yang telah dibakar, bakar lagi 20-25 minit lagi sehingga topping masak

Read more...

Resepi Tepung Pelita


Resepi Tepung Pelita
(Resepi asal from YANI @ MYRESEPI, credit to YANI yang baik hati dan merupakan pengasas MYRESEPI, saya suka mencuba resepi-resepi beliau dan sangat mengkagumi beliau)


Bahan-bahan


Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan-kisar dengan sedikit air, ambil jusnya(dalam 2-3 sudu)
sedikit kapur makan(saya tak letak)


Lapisan atas
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
4 cawan santan
sedikit garam


Cara-cara


Lapisan bawah
masukkan tepung beras dalam periuk, masukkan gula, bancuh dengan air hingga tidak berketul, masukkan jus pandan(saya tambahkan sedikit pewarna hijau supaya nampak lebih cantik), masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan ditapis(jangan letak banyak kapur nanti pahit).
Masak di atas api sederhana hingga pekat, kena selalu kacau, supaya tak berketul. Bila dah pekat, masukkan dalam bekas


Lapisan atas
Masukkan tepung beras, santan dan garam dalam bekas, kacau sebati, masak atas api hingga pekat, proses ni lama sikit, kalau ikut resepi asal santan dalam 4 cawan, saya kurangkan menjadi 3 cawan setengah(cepat sikit masak, HEHE). Dah pekat masukkan dalam bekas yang berisi lapisan pandan tadi


Oh ye, sebenarnya sangat banyak resepi nak di kongsi di sini, masa bulan puasa hari, almost everyday masak, and mesti saya snap gambar kan, gambar lauk lagi, kuih lagi, banyak sangat belum di upload, mencari sedikit ruang untuk mengupdate blog sebenarnya dalam kesibukan yang melanda, kerana saya ingin menjadi seorang isteri, ibu, pekerja yang baik, disamping itu, saya mempunyai minat dalam bidang masakan yang amat tinggi, kenalah pandai bahagikan masa

sampai sini dulu malam ni, Naim nak tengok upin dan ipin lak kat laptop. Bulan 10 nanti banyak perancangan mengenai kelas, biarlah saya rehat dulu sekejap, sudah ada jugak tempahan, saya buat slow2....GUD LUCK to me dan juga pembaca di luar sana

Salam sayang

Norry

Read more...

Resepi agar-agar bersantan




Resepi agar-agar bersantan

Bahan-bahan
1 paket Serbuk agar-agar 10gm
900 ml air
100ml santan
150gm gula merah
100gm gula
1 biji telur

Cara-cara
Masukkan serbuk agar-agar dalam periuk, masukkan 900ml air, masak hingga agar-agar larut. Masukkan gula merah dan gula. Dalam bekas yang lain, pukul sedikit telur, masukkan santan. Masukkan adunan telur dan santan tadi ke dalam periuk agar-agar tadi, masak lagi. tutup api, tuang ke dalam bekas. Saya tuang dalam bekas kecil-kecil, cepat sikit beku, so by the time nak berbuka, dah boleh keluarkan dari acuan untuk dihidangkan.

Nota
pastikan agar-agar betul-betul larut. Agar-agar serbuk lebih cepat dimasak berbanding agar-agar tali tu, praktikal untuk wanita berkerjaya yang sampai umah pukul 6 pastu nak masak macam-macam lagi untuk berbuka. Pastu satu lagi mengenai agar-agar serbuk ni senang nak agak air sebab memang dah tulis kat pack dia berapa ml air dan berapa gram gula

Best-best

Selamat mencuba

Salam sayang dari saya

Norry

Read more...

Resepi Kuih Lapis





Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4cawan gula
3 1/2 cawan santan
secubit garam
pewarna merah dan hijau

Cara-cara
Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung, gula, garam dalam satu bekas. Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau sehingga habis. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalu bergentel, tapis adunan menggunakkan penapis.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan dengan warna merah dan hijau

Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada loyang. Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Ulang dengan adunan hijau berselang seli hingga habis. Sejukkan sebelum dipotong

Tips:
pastikan adunan tidak berketul
potong hanya selepas kuih sejuk

Resepi asal daripada buku senangnya memasak buku Chef Hanieliza.saya altered sedikit jumlah santan.

Selamat mencuba

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP