Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Birthday Cake


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Tempahan Birthday Cake tema Hijau dan Pink daripada seorang suami untuk hari lahir isteri yang tercinta. Kek ini dihias menggunakkan teknik steam buttercream, so nampak berkilat dan smooth macam fondant, rasa creamnya pun sedap dan tak muak sebab antara bahan-bahannya menggunakan susu pekat, so rasa lemak creamy macam tu. harap-harap tuan empunya kek suka dengan kek ni..:)

Photobucket
Oh ye, banyak dapat email bertanyakan tentang kelas, saya sekarang tengah nak tengok tarikh yang sesuai. Nanti saya announce tarikhnya...sabar ye..tungguuu

Salam sayang,
Norry

Read more...

Resepi ayam masak merah






Resepi ayam masak merah


Bahan-bahan

4 ketul ayam digaul dengan sedikit garam dan kunyit-goreng separuh masak
pes cili 3-4 sudu besar
bawang merah 5-6 biji-kisar
bawang besar 1 biji-kisar
bawang putih 3 ulas-kisar
halia 1/2 inci-kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis


Cara-cara

Tumis pes cili dan semua bahan yang dikisar hingga garing, masukkan sos tomato, sos cili, air asam jawa, sesuaikan rasa masin dan manis, masukkan ayam, masak hingga ayam masak, hidangkan

Read more...

Resepi Ikan Bakar





Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia

Sos
3 sudu cili giling
4 ulas bawang merah-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
1/2 inci halia-dikisar
air asam jawa
garam
gula
minyak untuk menumis

daun pisang/aluminium foil

Cara-cara
Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilagkan rasa hanyir
Tumis semua bahan kisar bersama cili giling hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak

Selamat mencuba

Norry

Read more...

Biskut Cip Koko Rangup ala Famous Amos



Biskut Cip Koko rangup


Bahan A

250gm mentega

1 sudu besar shortening

150gm gula halus

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanilla


Bahan B

230gm tepung gandum-ayak

20gm serbuk koko-ayak

100gm cip coklat

50gm coklat urai

50gm badam cincang-dibakar dahulu


Cara-cara

Pukul mentega, shortening dan gula hingga sebati

Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata

Masukkan semua bahan B satu persatu, gaul sebati

Sudukan adunan kecil-kecil di atas loyang, jarak-jarakkan untuk mengelakkan biskut melekat satu sama lain

Bakar suhu 180 darjah celcius~20 minit


Salam Sayang

Norry

Read more...

Resepi Tepung Pelita


Resepi Tepung Pelita
(Resepi asal from YANI @ MYRESEPI, credit to YANI yang baik hati dan merupakan pengasas MYRESEPI, saya suka mencuba resepi-resepi beliau dan sangat mengkagumi beliau)


Bahan-bahan


Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan-kisar dengan sedikit air, ambil jusnya(dalam 2-3 sudu)
sedikit kapur makan(saya tak letak)


Lapisan atas
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
4 cawan santan
sedikit garam


Cara-cara


Lapisan bawah
masukkan tepung beras dalam periuk, masukkan gula, bancuh dengan air hingga tidak berketul, masukkan jus pandan(saya tambahkan sedikit pewarna hijau supaya nampak lebih cantik), masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan ditapis(jangan letak banyak kapur nanti pahit).
Masak di atas api sederhana hingga pekat, kena selalu kacau, supaya tak berketul. Bila dah pekat, masukkan dalam bekas


Lapisan atas
Masukkan tepung beras, santan dan garam dalam bekas, kacau sebati, masak atas api hingga pekat, proses ni lama sikit, kalau ikut resepi asal santan dalam 4 cawan, saya kurangkan menjadi 3 cawan setengah(cepat sikit masak, HEHE). Dah pekat masukkan dalam bekas yang berisi lapisan pandan tadi


Oh ye, sebenarnya sangat banyak resepi nak di kongsi di sini, masa bulan puasa hari, almost everyday masak, and mesti saya snap gambar kan, gambar lauk lagi, kuih lagi, banyak sangat belum di upload, mencari sedikit ruang untuk mengupdate blog sebenarnya dalam kesibukan yang melanda, kerana saya ingin menjadi seorang isteri, ibu, pekerja yang baik, disamping itu, saya mempunyai minat dalam bidang masakan yang amat tinggi, kenalah pandai bahagikan masa

sampai sini dulu malam ni, Naim nak tengok upin dan ipin lak kat laptop. Bulan 10 nanti banyak perancangan mengenai kelas, biarlah saya rehat dulu sekejap, sudah ada jugak tempahan, saya buat slow2....GUD LUCK to me dan juga pembaca di luar sana

Salam sayang

Norry

Read more...

Resepi Semperit





Resepi Semperit/Dahlia
(resepi asal from myresepi, banyak sangat testimonial kat myresepi tu, so, of course la resepi ni sangat boleh dipercayai, credit to MYRESEPI)

Bahan-bahan

100gm mentega/marjerin
90gm gula kastor/halus
1 biji telur gred A
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri untuk hiasan


Cara-cara


Pukul mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur, pukul lagi hingga kembang
Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati
Masukkan dalam acuan semperit/dahlia, picit. sekiranya rasa susah nak keluar sikit, gaulkan sesudu kecil mentega, gaulkan pada adunan tadi
Hiaskan dengan ceri
Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius sehingga masak~15 minit, bergantung pada jenis oven

Salam sayang

Norry

Read more...

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat pengunjung blog yang dikasihi, semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna...
Salam sayang
Norry

Read more...

Snow Ball Cookies




Resepi Snow Ball Cookies
(sumber asal majalah Rasa September 2010)
50 biji(bergantung pada saiz biskut)

Bahan-bahan
140 gm mentega
50gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
100gm tepung gandum
110 gm tepung jagung
40gm badam cincang(saya guna hazelnut cincang)

Hiasan
Coklat masakan
Serbuk roti(saya guna kelapa kering)

Cara-cara
Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan badam cincang, gaul rata
bulat-bulatkan adunan
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit(bergantung pada oven)
Setelah masak, sejukkan dan celup ke dalam coklat cair dan salutkan biskut dengan sebuk roti

Nota: sangat senang buat ni, bulat-bulatkan je, rasa pun sedap. masa celup coklat tu sepatutnya celup satu-satu, pastu salut pun satu-satu, tapi saya masukkan semua biskut dalam coklat, pastu angkat taruk semua dalam kelapa kering, cepat..:), sebab masa dengar macam naim dah bangun tido

Bagaimana dengan anda, sudahkah anda membuat kuih raya untuk keluarga tersayang?

Di sini dulu dari saya, sangat banyak gambar yang diambil, tapi tak sempat diupload memandangkan kesibukan yang melanda, memang tak ambik tempahan bulan puasa ni. Alhamdulillah jugak, saya berjaya memasak almost every day untuk keluarga tersayang. 3 hari je yang tak masak(belum campur dengan balik kg mertua, saya tak masak umah mertua!!), hari lain semua saya masak beserta kuih. Sekali lagi alhamdulillah. Bagi saya motivasi adalah paling penting.

Sekian

Salam kasih-sayang

Norry

Read more...

Resepi agar-agar bersantan




Resepi agar-agar bersantan

Bahan-bahan
1 paket Serbuk agar-agar 10gm
900 ml air
100ml santan
150gm gula merah
100gm gula
1 biji telur

Cara-cara
Masukkan serbuk agar-agar dalam periuk, masukkan 900ml air, masak hingga agar-agar larut. Masukkan gula merah dan gula. Dalam bekas yang lain, pukul sedikit telur, masukkan santan. Masukkan adunan telur dan santan tadi ke dalam periuk agar-agar tadi, masak lagi. tutup api, tuang ke dalam bekas. Saya tuang dalam bekas kecil-kecil, cepat sikit beku, so by the time nak berbuka, dah boleh keluarkan dari acuan untuk dihidangkan.

Nota
pastikan agar-agar betul-betul larut. Agar-agar serbuk lebih cepat dimasak berbanding agar-agar tali tu, praktikal untuk wanita berkerjaya yang sampai umah pukul 6 pastu nak masak macam-macam lagi untuk berbuka. Pastu satu lagi mengenai agar-agar serbuk ni senang nak agak air sebab memang dah tulis kat pack dia berapa ml air dan berapa gram gula

Best-best

Selamat mencuba

Salam sayang dari saya

Norry

Read more...

Resepi Almond London







Resepi Almond London


Bahan-bahan
250gm mentega-suhu bilik
2 biji kuning telur-suhu bilik
130gm gula aising
500 gm tepung gandum
50 gm serbuk badam
badam dibakar secukupnya
coklat masakan secukupnya
badam cincang untuk hiasan


Cara-cara
Pastikan mentega dan telur berada pada suhu bilik, sekiranya menyimpan mentega di dalam peti, keluarkan 2-3 jam sebelum ianya digunakan
Satukan mentega, gula aising, kuning telur, pukul hingga kembang
kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk badam
ambil sedikit adunan, letakkan badam ditengah, bentukkan adunan dengan kemas
Bakar adunan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit(suhu dan jangkamasa bergantung pada jenis oven masing-masing, oven saya kena buat suhu 190...:)
Apabila biskut telah sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan secara double boil, taburkan badam cincang
Tunggu sehingga coklat keras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara


Tips Double Boiled coklat masakan
Coklat dipotong-potong kecil
masukkan coklat di dalam bekas metal/besi, pastikan bekas bersih tanpa sedikitpun air, begitu juga semasa memotong coklat masakan , pastikan tangan, pisau dan tempat memotong adalah bebas air
Didalam periuk, rebus air hingga mendidih, bila air sudah mendidih, tutup api, letak bekas metal berisi coklat masakan tadi di atas periuk, pastikan tiada sedikit pun air terpercik, pastikan juga air di dalam periuk tidak mencecah hingga terkena bekas metal. kita hanya perlukan wap air untuk mencairkan coklat masakan

Sharing is caring

Selamat mencuba
Norry

Read more...

Resepi Udang Masak Cili



Sempat masak ni je, sampai umah dah nak pukul 6, nak masak lauk lagi, masak kuih, memang ngam nak berbuka siap juadah berbuka...seb baik si ayah rajin melayan si Naim.

Bahan-bahan

8 ekor udang harimau
3 sudu bawang yang sudah dikisar(dalam 4-5 ulasbawang)
3 sudu cili giling
sos cili dalam 3 sudu
1 cawan air
garam
gula
sebiji telur

Cara-cara
Tumis bawang kisar dan cili hingga garing
masukkan sos cili
masukkan air
masukkan udang
tambahkan garam dan gula secukup rasa
last sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit, kacau sehingga udang masak
Hidangkan
Nota: Masakan ni sedap sebab manis telur dan udang bersatu, cili dan bawang tu kena tumis garing-garing dulu..actually masak lauk ni kekadang campak-campak je, sos tu pakai tuang je agak-agak, kalau buat kek or biskut mesti sukatan betul, tak boleh lebih or kurang...

Read more...

Resepi Siakap Masak Stim



Resepi Ikan Siakap Masak Stim
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
air dalam setengah cawan
halia 1inci-hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
2 ulas bawang merah-racik
1 batang serai
sos tiram 2 sudu
daun limau purut 2-3 helai carik-carikkan
garam
hiasan
cili padi-dipotong
daun ketumbar
cili merah-hiasan
limau nipis/kasturi(limau nipis lebih sedap)
Cara
Masukkan ikan dalam bekas yang sesuai
bancuh dengan air sos tiram, siram ikan dengan bancuhan sos tiram, taburkan semua bahan, stim ikan sehingga masak dalam 20 minit. dah masak perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan cili
Simple je masak ni sebab masukkan je semua bahan pastu stim, penting untuk sesuaikan rasa masin, tambah gula sikit je untuk rasa manis, dan semestinya rasa masam limau membuatkan rasa masak stim ni lebih sedap
Yummy....


Read more...

Resepi Kuih Lapis





Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4cawan gula
3 1/2 cawan santan
secubit garam
pewarna merah dan hijau

Cara-cara
Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung, gula, garam dalam satu bekas. Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau sehingga habis. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalu bergentel, tapis adunan menggunakkan penapis.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan dengan warna merah dan hijau

Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada loyang. Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Ulang dengan adunan hijau berselang seli hingga habis. Sejukkan sebelum dipotong

Tips:
pastikan adunan tidak berketul
potong hanya selepas kuih sejuk

Resepi asal daripada buku senangnya memasak buku Chef Hanieliza.saya altered sedikit jumlah santan.

Selamat mencuba

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP