Resepi Kuih Lapis
>> Wednesday, September 1, 2010 –
Resepi kuih-muih
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
3/4cawan gula
3 1/2 cawan santan
secubit garam
pewarna merah dan hijau
Cara-cara
Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung, gula, garam dalam satu bekas. Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau sehingga habis. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalu bergentel, tapis adunan menggunakkan penapis.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan dengan warna merah dan hijau
Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada loyang. Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. Ulang dengan adunan hijau berselang seli hingga habis. Sejukkan sebelum dipotong
Tips:
pastikan adunan tidak berketul
potong hanya selepas kuih sejuk
Resepi asal daripada buku senangnya memasak buku Chef Hanieliza.saya altered sedikit jumlah santan.
Selamat mencuba
nor.. maksudnya, letak adunan merah, kukus, keras sikit..tuang si adunan hijau pulak atas adunan merah tu? camtu ek..
Haah, layer by layer, dah letak adunan merah, kukus, dah masak, letak adunan hijau lak, kukus sampai masak, sampai habis, makesure layer sebelumnya betul2 masak sebelum letak layer atas, nanti bercampur warna. nor buat separuh adunan je untuk family kecik nor. guna loyang kecik
o okk. sudah paham. insyaALLAH kalau ada masa, nak mencuba juga. lama tak makan kuih lapis.