Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi Siakap Masak Stim



Resepi Ikan Siakap Masak Stim
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
air dalam setengah cawan
halia 1inci-hiris halus
3 ulas bawang putih-hiris halus
2 ulas bawang merah-racik
1 batang serai
sos tiram 2 sudu
daun limau purut 2-3 helai carik-carikkan
garam
hiasan
cili padi-dipotong
daun ketumbar
cili merah-hiasan
limau nipis/kasturi(limau nipis lebih sedap)
Cara
Masukkan ikan dalam bekas yang sesuai
bancuh dengan air sos tiram, siram ikan dengan bancuhan sos tiram, taburkan semua bahan, stim ikan sehingga masak dalam 20 minit. dah masak perahkan limau, taburkan daun ketumbar dan cili
Simple je masak ni sebab masukkan je semua bahan pastu stim, penting untuk sesuaikan rasa masin, tambah gula sikit je untuk rasa manis, dan semestinya rasa masam limau membuatkan rasa masak stim ni lebih sedap
Yummy....


fannhuffaz  – (September 3, 2010 at 3:17 AM)  

nor, wat open house. hehe. kak nak gi nih! berminat berminat! =)

norryabby  – (September 3, 2010 at 7:28 AM)  

Kak Liza, tak tahu buat ke tak lagi. nak datang tak yah tunggu open house

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP