Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi sagu berkuah


Photobucket
Photobucket

Resepi Sagu Berkuah

SAGU
1/2 cawan sagu
1 1/2 cawan air
5 sudu gula
Pewarna

KUAH
5 sudu susu pekat
1 cawan susu cair
5 sudu gula


Cara-cara
Rendam sagu lebih kurang setengah jam hingga sejam. Bila sagu dah kembang, buang air rendaman, masukkan dalam periuk, masukkan gula, air dan pewarna. Masak sehingga sagu menjadi warna jernih.Masukkan dalam bekas

Untuk kuah, campurkan semua bahan, kacau atas api hingga mendidih, boleh ditambah susu atau gula dan air mengikut kesesuaian masing-masing, sesetengah orang suka kuah lebih. Untuk kuah boleh juga di ganti dengan santan yang dimasak dengan gula melaka.

Tuangkan kuah ke atas kuih dan kuih Sagu Berkuah siap dihidangkan. Cepat dan sedap

Tips
Sagu direndam untuk mengurangkan masa memasak sagu disamping untuk memastikan sagu tidak mentah.

selamat mencuba
Norry

suziesanji  – (September 5, 2010 at 10:14 AM)  

akak, saya teringin nak mkn sagu ni.. sedapnye~~

Norry  – (September 8, 2010 at 6:52 AM)  

Suziesanji, cubalah...senang sangat, sape2 pun boleh buat ni

faraarissaKHAIRI.  – (December 17, 2013 at 6:47 AM)  

Untuk kuah, kalau guna susu cair tak perlu masak kan? Boleh terus campur?

Ummi Sufiyan  – (January 10, 2014 at 12:22 AM)  

Nampak sedap.. boleh cuba ni.. sagu n susu cair dah ada.. :)
lama nor dah beli sagu nk buat ni, konon nk buat gn santan tp santan ats pokok x ambik2..hehe

nk letak aje susu cair mentah2 takot hanyir, pnh mkn sblm ni, x leh gi... rsepi ni msk dlu.. ok kot.. nyum2... :) boleh try.. TQ bg resepi yer..

Ummi Sufiyan  – (January 10, 2014 at 6:22 AM)  

Dah berjaya buat dh.. hehe.. TQ
http://aisasalwani.blogspot.com/2014/01/sagu-gula-merah.html

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP