From Sarawak With love

a
Ni antara himpunan resepi saya, kebanyakannya diperolehi dari majalah dan buku, juga dari internet, dari kawan-kawan. Majalah yang paling saya suka ialah RASA, sangat best, gambar cantik, sekarang ni paling best nak resepi apa je, tekan je di hujung jari, semua ada, banyak blog masakan terkemuka, dengan resepi pelbagai....membuatkan hidup lebih mudah...dan seronok juga..saya suka mencuba....anda pula bagaimana?
eNi pulak kek yang dihias dengan serba cepat menggunakan lebihan buttercream kelas cupcake...
Preview kelas cupcake buttercream dan fondant 13 Mac 2011, ahad lepas, dihadiri oleh Pzan and Asmah. Kelas bermula dengan review nota yang telah disediakan, membancuh cupcake, membakar cupcake dan seterusnya menghias cupcake menggunakan buttercream dan fondant. Alhamdulillah semua berjalan lancar, dan peserta pulak memang sangat kreatif. Naim pulak gi bersiar-siar dengan ayahnya, gi taman la, pastu gi Giant, Kelas ni bermula 9.30-1.00 petang, lepas ni bila dah bersalin my second baby rasanya tak boleh buat dah kelas atas komitmen family, takpe, saya simpan semua ni hingga semua anak dah besar, sekarang tumpukan perhatian kat diorang dulu...apapun family first....disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ni...saya akan terus produce produk-produk under anjungnorry dan akan terima tempahan minima sahaja(lepas gian), kalau takde tempahan pun takpe, saya buat suka-suka pun takpe..yang penting I'm happy. banyak perancangan saya lepas ni, termasuk join kelas lanjutan, mungkin diploma sugarpaste, pastu mungkin nak further study master in Optometry..hopefully apa yang saya inginkan tercapai...AMIN
Anyway, thanks to Pzan and Asmah kerana menyertai kelas cupcake under ANJUNGNORRY
Resepi Kek Pisang Mudah
(resepi asal dari Ros Jintan Manis, saya copy and paste sahaja, credit to Ros Jintan Manis)
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
Resepi Pancake
Bahan-bahan
1 cawan (130gm) tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1 biji telur dipukul ringan
1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
2 sudu besar mentega-dicairkan
Cara-cara
Dalam bekas besar, campurkan sekali tepung gandum, baking powder dan gula. Dalam bekas yang lainpukul telur, susu dan mentega dan telah dicairkan. Campuran campuran telur ke dalam campuran tepung perlahan-lahan dan kacau sebati. Pastikan jangan terlebih kacau supaya adunan tidak menjadi keras/liat.
Panaskan Non Stick Pan, bila Pan dah panas, perlahan sedikit api, kaupkan adunan tadi ke atas pan, jarak-jarakkan adunan supaya adunan tak melekat satu sama lain, terbalikkan pancake apabila gemlembung-gelembung buih keluar dibahagian atas pancake dan bahagian bawah sudah masak dan berwarna perang
Ni antara Produk felt yang Norry baru buat, ni semua untuk sendiri dan kawan-kawan, suka sangat buat ni sebab sangat comel kan....tengah survey nak pegi kelas buat felt on T-shirt, tapi tak banyak yang buat, yang kat tinihani hari tu dah terlepas sebab ada kursus kat Ipoh, mesti gi kelas ni sebelum bersalin, banyaknya kelas yang Norry plan nak join termasuk kelas photoshop, kelas lanjutan kek dan macam-macam. Tak rugi belajar, untuk kepuasan diri-sendiri....
© Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP