Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Kelas Cupcakes dan Coklat



Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket
HASIL KERJA TANGAN PESERTA LINIE, AYU DAN KAK ERNI

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
The close up, saya juga ada memberi informasi mengenai tips asa fotografi makanan/cupcakes
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana kelas cupcakes dan Coklat telah berjalan dengan lancar, tanpa izin dariNYA tak mungkin apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Saya telah membuat preparation yang teliti untuk kelas ini, nota lengkap disediakan. Alhamdulillah, semua peserta iaitu, linie, Ayu dan Kak Erni sampai seawal 9.10, kelas sepatutnya bermula pukul 9.30, bila semua datang awal, kelas boleh berjalan seperti yang dirancang. kelas cupcakes dan Coklat dihadiri oleh 3 orang, mereka mengambil kedua-dua kelas, so, sampai ke petang la diorang belajar.



Kelas pagi bermula dengan kelas cupcakes, untuk kelas cupcakes, saya mengajar daripda awal, cara membancuh adunan cupcakes, menuang adunan ke dalam cawan, membakar cupcakes beserta tips-tips. Mereka boleh bertanya apa sahaja sepanjang kelas, saya cuba menjawab apa yang termampu. Selepas kelas diteruskan dengan cara membuat buttercream, menyapu buttercream di atas cupcake dengan cara yang betul.



Untuk part menghias ni lah yang paling menarik, tapi yang paling susah juga. Untuk decoration ini, saya akan mengajar sampai dapat, 10 kali cuba buat rossette ke, booties ke tidak mengapa, saya akan demo berkali-kali walaupun 10-20 kali, kalau tak dapat jugak, saya akan pegang tangan, arahkan angle dan tekanan yang betul



Alhamdulillah, semua peserta dapat mengikuti deko ni dengan baik, malah mereka ni pulak sangat kreatif, macam-macam ideanya. Teknik hiasan untuk kelas cupcake ialah sebanyak 6 jenis, swirl, swirl 2, rosette, grass, edible image dan booties. Pada asalnya, salah satu teknik hiasan ialah drop flower tetapi saya menukar teknik drop flower kepada edible image memandangkan edible sangat sesuai untuk apa-apa majlis.
Oh ye, untuk kedua-kelas, semua bahan termasuk apron dan kotak untuk membawa balik cupcake saya sediakan...anda hanya datang and have a fun...YUMMY FUMMY

Will upload the photos of Chocolate Class soon....stay tuned

Read more...

Cupcake





Cupcake ni saya design khas untuk kelas cupcake nanti, memandangkan ada beberapa kawan facebook saya request kelas ini, selepas perbincangan dengan adik saya yang tersayang, kami berjaya menyiapkan modul untuk kelas cupcake. Sebelum ini saya pernah belajar di kelas LOVELIANA, kak liana memang sangat best, saya sangat mengkagumi beliau, kek-keknya sangat cantik. Ada 6 design untuk kelas cupcake termasuk 2 jenis swirl, rosette, grass, baby booties dan dots flower.

Berada dalam bidang coklat ini menjadikan saya lebih memahaminya, saya juga amat mengkagumi blog2 coklat lain seperti anisacoklat, chetam, homechoc mas de fountaine yang selalu tidak lokek ilmu. Teringat lagi saya pada chocolatier Joy pelo, yang suka melawak, mempelajari teknik tempering menggunakan marble table. tetapi ada teknik yang lebih mudah untuk temper coklat iaitu menggunakan kaedah seeding. Real/couverture coklat adalah sangat sedap, tetapi prosesnya agak sukar berbanding coklat compound. Ini menjadikan ramai memilih coklat compound selain harganya yang lebih murah. Pada saya, teknik yang betul adalah amat penting untuk membuat handmade coklat....

Read more...

Kelas Cupcake and Coklat

Photobucket

KELAS CUPCAKE (BUTTERCREAM CUPCAKE)
RM150

Semua peralatan disediakan

Topik yang akan dipelajarai

1. Asas membuat Cupcake-cara membancuh adunan cupcake coklat dengan betul dan tips
2. Cara-cara membakar cupcake dan tips
3. Membuat buttercream yang halus
4. Cara betul menggunakan piping bag dan pelbagai jenis nozzle

Membuat sendiri / Hands On

1. Menghias 12 biji cupcake dengan 6 teknik hiasan
2. 6 teknik yang akan digunakan
1. Swirl
2. Swirl 2
3. Rosette
4. Grass
5. Baby Bootie
5. Edible photo
3. Teknik-teknik berkaitan untuk menghias cupcake supaya lebih menarik

Peserta akan membawa pulang semua cupcake yang dibuat
Bonus
Extra 2 resepi cupcake
Tips ASAS fotografi makanan /Cupcake
Nota lengkap

Jamuan ringan disediakan

maksimum 5 orang setiap kelas



Photobucket

KELAS COKLAT
RM200

Semua peralatan disediakan


Topik meliputi

1. Pengenalan Coklat
2. Teknik Tempering coklat Courvature
3. 'Europian Style' Coklat Compound
4. Resepi membuat inti coklat praline-Strawberi/Orange/Mocha
5. Teknik Mewarna Coklat


Membuat sendiri / Hands On pelbagai jenis coklat

1. Coklat Praline Courvature dan Compound
2.Coklat Lollichoc
3.Coklat Oreo
4. Oreo Pop~BARU
5. Teknis menghias menggunakan coklat

Peserta akan membawa balik semua coklat yang dibuat

Bonus
Tips ASAS fotografi makanan/coklat
Nota lengkap

Jamuan ringan disediakan

Maksimum 4 orang setiap kelas


Kelas Cupcakes dan Coklat

Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu, saya akan umumkan tarikh kelas dari semasa ke semasa

Lokasi: Bukit Jalil
Deposit: RM50
Alamat penuh dan nombor akaun akan diberi selepas confirmation

Sebarang pertanyaan email anjungnorry@yahoo.com

Read more...

Chocolate Cheese layer with Ganache Topping...Yummy Fummy


Sebelum deco


Ganache ni siap ada reflection, cari angle best skit dapat reflection ni





Yummy fummy
I bake this cake for my lovely sister kak Chik, congrates Kak Chik dapat masuk USM, wish u all the best and luv u

Nana, no resepi untuk kek nih, brownies sebenarnya, ambik kat RINNCHAN FOTOPAGES. Credit to Rinnchan fotopages untuk resepi ye





MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Lawati fotopages RINNCHAN untuk details step by step klik RINNCHAN

Read more...

Coklat praline




Loose Coklat Praline, ada inti ganache kat dalam.....dan white coklat with orange flavour outside, yummy

Read more...

Bluberry Cheese Cake






Blueberry Cheese Cake. Harap tuan punya kek suka design ni....

Read more...

Harga Coklat

Photobucket

Untuk tempahan dan harga coklat email anjungnorry@yahoo.com

Read more...

Coklat dengan Teddy Bear





Coklat dengan teddy untuk door gift hari jadi....love them all, teddy bear is so cute huhhhh


Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP