Lala Sos Tiram Mahsuri Sebening Bayu Petang
>> Monday, June 15, 2015 –
Lala Sos Tiram
Resepi ini sangat istimewa kerana kali ni saya menggunakan Sos Tiram jenama Mahsuri
Lala Sos Tiram Mahsuri Sebening Bayu Petang
Bahan-bahan
Lala 300g
Bawang besar 1 biji dimayang
Bawang putih 2 ulas dihiris nipis
Halia muda 1 inci dihiris nipis
Cili Hijau dipotong
Cili merah kecil dipotong
Sos Tiram Mahsuri 3 sudu besar
sedikit air (1/4 cawan)
Minyak untuk menumis(dalam 4 sudu besar)
Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali, panaskan.
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga keperangan
Masukkan sos tiram, air
masukkan lala, masak seketika dalam 3 minit
Masukkan cili hijau dan cili merah kecil
sedia untuk dihidangkan
Masa penyediaan:15 minit
Saiz hidangan 2 orang
Read more...