Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting
Coklat ni saya buat khas untuk sedara mara kat kg masa balik kg baru ni. Seronok dapat buat benda yang saya suka, dan harap dapat menggembirakan hati orang disekeliling saya, saudara-mara, kawan-kawan, apapun happy selalu
Alhamdulillah dapat siapkan cupcake ni untuk COE Hospital Ampang walaupun terpaksa bersusah payah. kena sabar la sikit dgn naim yang duk mengacau, tarik kaki la, telinga la, macam-macam. Akhir kata kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....cheerss
Saya sangat suka entry ni di mana saya telah berjaya menyiapkan tempahan daripada seorang isteri untuk suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7, saya amat teruja untuk menyiapkan coklat ni sehingga nak tido pun terbayang-bayang idea apa yang saya nak zahirkan pada coklat tu nanti. Alhamdulillah, coklat ni pun telah diposkan, harap-harap bungkusan tu elok diterima oleh si penerima dan suka dengan surprise yang dilakukan oleh isteri tersayang.
Dear Nik Ha and Husband,
Happy 7th Anniversary
Semoga ikatan perkahwinan anda diberkati Allah dan dirahmatiNya selalu
Untuk TEMPAHAN coklat, pastikan jenis coklat, kuantiti, dan tarikh coklat ingin diambil untuk memudahkan perjalanan tempahan
Tempah sekurang-kurangnya 1 minggu untuk order yang sedikit dan 3 minggu untuk order yang banyak sebelum tarikh coklat ingin diambil untuk mengelakkan sebarang kesulitan
Deposit 50% semasa confirmation untuk mengelakkan pelanggan membatalkan tempahan sesuka hati setelah coklat telah siap dibuat
Pembayaran ke akaun MAYBANK atau CIMB saya. No akaun akan diberi setelah pengesahan order
Penghantaran
Self collect atau Pos
Pick up point: Carrefour Endah Parade, Sri Petaling