Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Resepi kue tiaw kungfu




Ni favourite saya ni, selalu makan, so kalau buat sendiri lebih berbaloi kan. Yang penting bahan-bahan segar, bersih dan takde ajinomoto...:)

Resepi Kue Tiaw kungfu (Untuk 2 orang)
1/2 paket kue tiaw (dalam 250 gram)
3 biji telur
3 ulas bawang putih di ketuk
air 2 cawan
sedikit ayam
sedikit campuran seafood(udang, sotong)
Sedikit lobak dipotong
Sedikit bunga kobis dipotong
Sedikit Putik jagung dipotong
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
minyak
garam
Bawang goreng
sedikit gula(optional)
Daun ketumbar

Cara-cara
Pukul telur, masukkan kue tiaw, bahagikan kepada dua bahagian, goreng satu bahagian macam goreng telur dadar, dah masak masukkan dalam bekas dan goreng satu bahagian lagi.

Untuk Kuah
Tumiskan bawang putih hingga keperangan. Masukkan air. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, seafood, sayur, bila semua dah masak pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung, kalau kurang pekat lagi boleh tambah lagi bancuhan tepung jagung. sesuaikan rasa, curahkan atas kue tiaw yang telah digoreng bersama telur tadi. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar, Boleh jugak kalau nak perah limau nipis sikit.

* Untuk air dan kuah agak-agak, ada setengah orang suka kuah banyak, untuk sayur pun depends nak letak sayur banyak mana, kalau banyaksangat jadi kue tiaw sayur pulak...:)

nurshaf  – (January 9, 2011 at 5:40 AM)  

"Pukul telur, masukkan kue tiaw, bahagikan kepada dua bahagian, goreng satu bahagian macam goreng telur dadar, dah masak masukkan dalam bekas dan goreng satu bahagian lagi."

xpaham lah statement ni....huhu
saya nak try, sy nak try..plez help me!huhu

norryabby  – (January 9, 2011 at 6:49 AM)  

Ooo...tu maksudnya kita nak buat dua kue tiaw kan, so bahagikan je bancuhan telur dgn kue tiew kepada 2, pastu goreng macam kita goreng telur dadar, letak dalam bekas, nanti dah siap kuah tuang je atas kue tiaw yg dah digoreng bersama telur tadi

Mia Zara  – (June 14, 2012 at 8:00 PM)  

telur tu guna telur putih+telur kuning ke? tau gne telur putih ajer?

Dela Hashim  – (November 29, 2012 at 5:08 AM)  

selalunya makan kat kedai ada rasa masam-masam apa yg buat dia masam ye? rasa macam t0myam yang putih tu..ke lidah saya je..heheh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP