Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Cupcake Hantaran





Cupcake Hantaran Bertunang tema gold + kuning. Tempahan oleh kak Aya untuk adik lelakinya yang bertunang sabtu lepas. Lama jugak nak buat toppers cupcake tema pertunangan ni. Berkejar-kejar nak buat, buat kejap berhenti layan si Naim, tapi saya enjoy setiap saat saya buat ni....happy :))

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Ini pula sebiji cupcake untuk si penempah, saya kira mesti dia nak rasa cupcake, sebab yang di atas tu semua nak bagi orang, hantaran tunang kan.....anyway thanks kak Aya bagi saya peluang untuk buat cupcake ni.....sukaaaaaa. By the way sesiapa yang ingin menempah cupcake ini harga untuk satu set ialah RM60, 16 biji. kena bagitau awal sebab nak buat design tu ambil masa lama

Read more...

Coklat yummy yummy


PhotobucketAlign Center



Photobucket

Hadiah coklat dari seorang bakal guru untuk pembimbing beliau, iaitu lecturer yang banyak berbakti dan juga untuk senior di sekolah tempat praktikal.....:)

Read more...

Cupcake Hantaran



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Ni untuk En. Suami..:)

Cupcake hantaran tema biru putih, mulanya buat memang warna biru dan putih je tapi rasanya macam kurang sesuatu sebab 2 warna sahaja, jadi saya tambah warna cream dan pink untuk menambahkan seri pada warna asas tema. Harap si pemiliknya suka...:)

Read more...

Talam Jagung



Resepi Talam Jagung ( Resepi asal daripada buku senangnya memasak kuih kukus chef Hanieliza)

Bahan A
(Lapisan bawah-Jagung)

-1 cawan krim jagung dalam tin (Saya guna Ayam Brand)
-1 cawan tepung beras
-3 sudu makan tepung kastard
-3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)-saya guna santan kotak, bancuh ngan air
-1/2 cawan gula pasir

Bahan B
Lapisan Atas-Tepung Beras)
-1 cawan tepung beras
-3 cawan santan pekat
-1 sudu teh garam


Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan A dan kacau di dalam kuali tidak lekat di atas api sebentar hingga sedikit pekat.
2.Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak masak
3. kukuskan selama 30 minit/sehingga masak
4. Campurkan semua bahan B untuk bahagian atas
5. cakarkan bahagian A yang telah masak dikukus tadi (ini untuk memastikan lapisan A dan lapisan B melekat dengan baik), tuangkan Bahan B yang telah dibancuh
6. kukus lagi selama 20 minit
7. Tunggu sejuk sebelum boleh dipotong dan dihidangkan


*Santan serbuk/paket kurang sesuai digunakan sebab kurang lemak
Mesti potong bila dah sejuk kalau tak memang tak cantik, hari tu buat tak sabar nak rasa, cepat-cepat potong pastu tak cantik la potongnya sebab talam tak betul-betul keras lagi

Read more...

Resepi kue tiaw kungfu




Ni favourite saya ni, selalu makan, so kalau buat sendiri lebih berbaloi kan. Yang penting bahan-bahan segar, bersih dan takde ajinomoto...:)

Resepi Kue Tiaw kungfu (Untuk 2 orang)
1/2 paket kue tiaw (dalam 250 gram)
3 biji telur
3 ulas bawang putih di ketuk
air 2 cawan
sedikit ayam
sedikit campuran seafood(udang, sotong)
Sedikit lobak dipotong
Sedikit bunga kobis dipotong
Sedikit Putik jagung dipotong
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
minyak
garam
Bawang goreng
sedikit gula(optional)
Daun ketumbar

Cara-cara
Pukul telur, masukkan kue tiaw, bahagikan kepada dua bahagian, goreng satu bahagian macam goreng telur dadar, dah masak masukkan dalam bekas dan goreng satu bahagian lagi.

Untuk Kuah
Tumiskan bawang putih hingga keperangan. Masukkan air. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, seafood, sayur, bila semua dah masak pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung, kalau kurang pekat lagi boleh tambah lagi bancuhan tepung jagung. sesuaikan rasa, curahkan atas kue tiaw yang telah digoreng bersama telur tadi. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar, Boleh jugak kalau nak perah limau nipis sikit.

* Untuk air dan kuah agak-agak, ada setengah orang suka kuah banyak, untuk sayur pun depends nak letak sayur banyak mana, kalau banyaksangat jadi kue tiaw sayur pulak...:)

Read more...

Ikan tiga rasa



Resepi Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 ulas bawang besar(holland onion)-potong dadu
3 ulas bawang putih-potong dadu
sebiji tomato-potong dadu
2 sudu cili giling
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
sedikit gula
garam
Minyak

Hiasan-terpulang kepada individu
Tomato dadu/sayuran campur(mix vege)/nenas/timun dipotong dadu
daun ketumbar
(Saya guma tomato yang didadu je, kalau guna mix vegetable lagi cantik)

Cara-cara
Ikan siakap dilumur sedikit garam dan di goreng hingga garing-masukkan dalam bekas

Mengunakan sedikit minyak tumis bawang besar, bahan putih hingga naik bau(jangan sampai warna perang,masukkan tomato dadu. masukkan cili giling, sostomato,sos cili, sos tiram, sesuaikan rasa masin , masam, manis. Kalau kurang masam tambahkan lagi sos tomato dan sebaliknya. Kalu nak berkuah tambah air, untuk pekatkan kuah kalau letak banyak boleh bancuh satu sudu tepung jagung, curahkan dalam kuah, masak hingga kuah pekat. Curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi, hiaskan....sangat senang kan.

Salam sayang,
Norry

Read more...

Lemon Bar



Resepi Lemon Bar
Crust
120gm mentega(dicairkan)
1/4 cawan gula
3/4 teaspoon esen vanila
1 cawan tepung gandum
Topping
1 cawan gula
3 tablespoon tepung gandum
3 biji telur
1 1/2 tablespoon lime zest
1/2 jus oren (saya guna jus oren segar)
Cara-cara

Crust
Cairkan mentega di atas api sederhana, bila mentega cair masukkan gula, kecilkan api, masukkan vanilla, tepung gandum, kacau sebati. Tutup api
Masukkan adunan dalam loyang, tekan pada bawah pan hingga padat, bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 25 minit/hingga sedikit perang.
Topping
Campurkan tepung gandum dan gula dalam bekas. Masukkan telur satu demi satu sambil kacau, masukkan lime zest dan jus oren, kacau hingga tiada ketulan. Kacau ada tapis adunan
Tuangkan adunan topping ke atas crust yang telah dibakar, bakar lagi 20-25 minit lagi sehingga topping masak

Read more...

Lollichoc









Ros Lollichoc ditempah oleh Yati untuk Re-union, tema warna pink , hitam dan putih. Hope Yati suka the design and of course the taste.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP