Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting

Kelas Cupcakes dan Coklat



Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket
HASIL KERJA TANGAN PESERTA LINIE, AYU DAN KAK ERNI

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
The close up, saya juga ada memberi informasi mengenai tips asa fotografi makanan/cupcakes
Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana kelas cupcakes dan Coklat telah berjalan dengan lancar, tanpa izin dariNYA tak mungkin apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik. Saya telah membuat preparation yang teliti untuk kelas ini, nota lengkap disediakan. Alhamdulillah, semua peserta iaitu, linie, Ayu dan Kak Erni sampai seawal 9.10, kelas sepatutnya bermula pukul 9.30, bila semua datang awal, kelas boleh berjalan seperti yang dirancang. kelas cupcakes dan Coklat dihadiri oleh 3 orang, mereka mengambil kedua-dua kelas, so, sampai ke petang la diorang belajar.



Kelas pagi bermula dengan kelas cupcakes, untuk kelas cupcakes, saya mengajar daripda awal, cara membancuh adunan cupcakes, menuang adunan ke dalam cawan, membakar cupcakes beserta tips-tips. Mereka boleh bertanya apa sahaja sepanjang kelas, saya cuba menjawab apa yang termampu. Selepas kelas diteruskan dengan cara membuat buttercream, menyapu buttercream di atas cupcake dengan cara yang betul.



Untuk part menghias ni lah yang paling menarik, tapi yang paling susah juga. Untuk decoration ini, saya akan mengajar sampai dapat, 10 kali cuba buat rossette ke, booties ke tidak mengapa, saya akan demo berkali-kali walaupun 10-20 kali, kalau tak dapat jugak, saya akan pegang tangan, arahkan angle dan tekanan yang betul



Alhamdulillah, semua peserta dapat mengikuti deko ni dengan baik, malah mereka ni pulak sangat kreatif, macam-macam ideanya. Teknik hiasan untuk kelas cupcake ialah sebanyak 6 jenis, swirl, swirl 2, rosette, grass, edible image dan booties. Pada asalnya, salah satu teknik hiasan ialah drop flower tetapi saya menukar teknik drop flower kepada edible image memandangkan edible sangat sesuai untuk apa-apa majlis.
Oh ye, untuk kedua-kelas, semua bahan termasuk apron dan kotak untuk membawa balik cupcake saya sediakan...anda hanya datang and have a fun...YUMMY FUMMY

Will upload the photos of Chocolate Class soon....stay tuned

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP