Kelas Cupcake
>> Sunday, July 25, 2010 –
Kelas Cupcake
HASIL KERJA NURUL DAN ANIS
Sambung buat Fancy cookies lepas kelas cupcake
Ni lak mee goreng untuk makan tengahari, ni je sempat masak...ok la tu hehehhhh...asalkan anak and suami makan...huhu
Alhamdulillah, kelas cupcake berjalan lancar, kelas bermula pada pukul 9.30 pagi. Kali ni kelas dihadiri oleh Anis dan Nurul. Nota lengkap diberi, seperti biasa, kelas dimulakan dengan membancuh batter cupcake, menuang adunan ke dalam cawan cupcake, teknik membakar(tips diberikan), membuat buttercream yang sesuai untuk menghias cupcake. Teknik decoration adalah sebanyak 6 teknik, tapi ada special request by Nurul yang nak belajar buat Bunga Ros, so kali ni ada 7 teknik la, belajar secara free style, boleh tanya bila-bila masa. Yang penting kena enjoy, so on with me, saya juga enjoy....I do this with passion....
Anis dan Nurul juga sangat kreatif, pandai diorang ni walaupun tak familiar sangat dengan nozzle...
Dah ada asas macam-macam boleh buat. Saya dulu pun bermula dari awal, belajar buat sendiri, syukur saya dikelilingi oleh kawan yang pandai buat kek, saya belajar banyak dari mereka, untuk mendapatkan hasil yang lebih professional, saya turut menyertai kelas cupcake, dari situ saya mencuba bermacam-macam jenis hiasan. Try to out of box, cuma waktu sahaja sedikit terbatas memandangkan saya bekerja, banyaknya benda nak buat, saya simpan semua tu nanti, buat masa sekarang saya buat apa yang termampu sahaja, Insyaallah kalau panjang umur, anak-anak dah besar saya akan gigih membuat apa yang saya mahu....sekali lagi, saya buat atas dasar minat yang sangat mendalam....I love all this...MMMUAAHHHH
Saya akan mengadakan KELAS COKLAT pada 7 OGOS 2010, sesiapa berminat email saya di norryabby@yahoo.com.my
Salam bercupcake dari saya,
Norry