Sudah tidak menerima sebarang tempahan kerana komitmen baru tetapi sebarang resepi atau idea di sini boleh digunakan. Sekiranya guna gambar sila credit kepada anjungnorry ok..TQ for visiting
Kelas Coklat 7/11/10 yang dihadiri oleh Kak Roszey. Walaupun tak berapa sihat hari tu, Kak Roszey berjaya buat semua coklat-coklat ni. Antara coklat yang dibuat ialah coklat praline, cara-cara menghias coklat,coklat lollichoc dan coklat oreo. dan bayak lagi teknik penting terutama semasa mengendalikan coklat. yang paling sukar pastilah semasa tempering coklat courvature... Saya juga menyediakan nota mengenai coklat dan akan review nota dulu sebelum kelas bermula. kak Roszey yang telah menghadiri kelas cupcake minggu sebelumnya telahpun berjaya membuat cupcake untuk majlis pertunangan saudaranya...tahniah...kak roszey, yang penting fahami oven masing-masing. Dan untuk coklat pula katanya beliau ingin membuat coklat sempena hari lahir anak perempuannya yang berumur 12 tahun minggu depannya...semoga anak gembira.....
Untuk TEMPAHAN coklat, pastikan jenis coklat, kuantiti, dan tarikh coklat ingin diambil untuk memudahkan perjalanan tempahan
Tempah sekurang-kurangnya 1 minggu untuk order yang sedikit dan 3 minggu untuk order yang banyak sebelum tarikh coklat ingin diambil untuk mengelakkan sebarang kesulitan
Deposit 50% semasa confirmation untuk mengelakkan pelanggan membatalkan tempahan sesuka hati setelah coklat telah siap dibuat
Pembayaran ke akaun MAYBANK atau CIMB saya. No akaun akan diberi setelah pengesahan order
Penghantaran
Self collect atau Pos
Pick up point: Carrefour Endah Parade, Sri Petaling